Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China. Itulah ungkapan yang sering kali didengar apabila menyebut mengenai keperluan menuntut ilmu. Tidak kiralah ilmu apa pun, ia jelas sesuatu perkara yang penting kerana ia mampu membina peradaban manusia. Ia juga bertepatan dengan perkataan pertama yang diturunkan ALLAH SWT ke muka bumi ini iaitu iqra’ yang bermaksud bacalah.
Di negara ini terdapat banyak kemudahan untuk menuntut ilmu secara formal dan sebaliknya. Pendidikan formal seperti sekolah, kolej dan universiti, manakala tidak formal seperti perpustakaan.
Mereka yang sudah tamat pengajian namun masih dahagakan ilmu menjadikan perpustakaan sebagai tempat kegemaran untuk membaca bagi menambahkan lagi pengetahuan.
Di Kuala Lumpur (KL), mungkin ramai tidak menyedari kewujudan Perpustakaan Kuala Lumpur yang berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dengan lokasinya terletak di Jalan Raja, bersebelahan Dataran Merdeka, perpustakaan ini mempunyai 104,000 naskhah bahan bacaan yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Pengarahnya, Rosidah Ismail berkata, buku yang terdapat di perpustakaan terdiri dari terbitan luar dan dalam negara. Ini akan menjadikan pembaca menambahkan lagi ilmu dengan lebih luas mengenai hal-hal luar negara,” katanya.
Akses maklumat
Beliau memberitahu setiap tahun, sebanyak 10,000 naskhah akan ditambah mengikut peruntukan yang disalurkan kepada Perpustakaan Negara.
“Kami mempunyai pasukan khas yang akan menilai sama ada buku itu perlu dibeli atau tidak. Ini selaras dengan misi untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang lengkap, moden dan mesra kepada semua warga kota setanding dengan perpustakaan-perpustakaan terbaik di dunia,” katanya.
Rosidah menambah, perpustakaan ini bukan sahaja mempunyai pelbagai buku, malah juga kemudahan seperti mini auditorium, dewan persidangan, bilik latihan, galeri pameran selain kemudahan internet.
“Bahan bacaan juga tidak semestinya dalam bentuk konvensional kerana Perpustakaan Kuala Lumpur menyediakan bahan bacaan dan rujukan dalam bentuk digital. Ini memberi kelebihan untuk mengakses maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan teknologi terkini,” katanya.
Perpustakaan ini dibangunkan dengan nama Perpustakaan Peringatan Kuala Lumpur pada 1989 dan kemudiannya ditukar nama kepada Perpustakaan Kuala Lumpur pada tahun 2000.
“Perpustakaan ini beroperasi sepenuhnya dan dibuka kepada awam pada 2004 dan kini mempunyai sembilan cawangannya di sekitar ibu kota,” katanya.
Selain membuka cawangan perpustakaan kecil di kawasan perumahan, Perpustakaan Kuala Lumpur turut menyediakan perkhidmatan perpustakaan bergerak dengan menggunakan bas yang diubah suai.
“Sebanyak empat bas perpustakaan bergerak ke sekolah sekitar ibu kota untuk memberikan perkhidmatan pinjaman buku dan akses internet kepada pelajar setiap hari,” katanya.
Aplikasi MyKad
Permintaan tinggi daripada pihak sekolah menyebabkan Perpustakaan Kuala Lumpur terpaksa mengatur jadual perjalanan lebih efektif supaya pelanggan dapat menikmati perkhidmatan yang ditawarkan.
Apa yang menarik, perpustakaan itu menggunakan aplikasi pada MyKad ketika proses pinjaman dilakukan pelanggannya. Mereka hanya perlu memberikan kad pengenalan ketika berurusan supaya kakitangan Perpustakaan Kuala Lumpur dapat mengemaskinikan sebarang proses dalam sistem dengan menggunakan MyKad.
"Setiap ahli dikenakan bayaran yuran tahunan RM6 dan pendaftaran RM10 serta boleh meminjam dua buku,” katanya.
Perpustakaan dibuka setiap hari dan tutup pada Sabtu serta Ahad minggu pertama selain cuti umum.
Hari Isnin dibuka pada jam 2 petang sehingga 6.45 petang, Selasa hingga Jumaat dibuka pada jam 10 pagi sehingga 6.45 petang dan hujung minggu dibuka pada jam 10 pagi sehingga 5 petang.
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
tuan.buqhairah@sinarharian.com.my
sumber : SINAR HARIAN
Sunday, February 5, 2012
Saturday, February 4, 2012
DI MANA SUKA BACA BUKU?
ANTARA LOKASI AKU SUKA BACA BUKU
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
242 - 1 , Jalan Bukit Baru
75150 Melaka
alkisah tempat paling membosankan baca buku adalah LIBRARY..MENGAPA?
aku x suka air-cond..aircond menyebabkan cepat ngantuk....lagi satu xda sofa macam kat hotel...hehehe
di sini aku kongsi lokasi aku suka baca buku.....
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
242 - 1 , Jalan Bukit Baru
75150 Melaka
alkisah tempat paling membosankan baca buku adalah LIBRARY..MENGAPA?
aku x suka air-cond..aircond menyebabkan cepat ngantuk....lagi satu xda sofa macam kat hotel...hehehe
di sini aku kongsi lokasi aku suka baca buku.....
Subscribe to:
Posts (Atom)